Selasa, Mac 21, 2017

Hak Anak Angkat Terhadap Ibu-Bapa Angkat Melalui Hibah

Jangan Kecewakan Anak Angkat Tanpa Harta Peninggalan

Walaupun Mereka Bukan Waris Faraid

Tapi Saya Akan Tunjukkan Cara Membahagi Harta Kepada Anak Angkat


Tolong baca tulisan saya baris demi baris. Hanya lima mainit sahaja...

Anda mempunyai anak angkat? Abang, kakak dan kawan-kawan ada memelihara anak angkat?

Mengapa mereka memelihara anak angkat? Tentu mereka tidak ada anak kandung. Anak angkat dianggap anak sendiri, malah ada yang bin atau bintikan dengan bapa angkatnya.

Anda setuju ibu-bapa sangat menyayangi anak angkat? 
Ia tentu sekali. Anak angkat dianggap anak kandung yang dipelihara sejak umur satu hari hingga dewasa dan berkahwin. Anak angkat yang membantu dan berjasa kepada kedua ibu-bapanya. Sakit pening ibu-bapa, anak angkatlah membantunya. Sekiranya, anak angkat perempuan, semua kerja-kerja dapur dan mengemas rumah dibuat olehnya.

Sekiranya berharta, ibu-bapa angkat akan berniat membahagikan semua harta seperti rumah, tanah, simpanan di bank, ASB dan barang kemas kepada anak angkatnya.


Tetapi Nyawa Di Tangan Tuhan...


Ibu-bapa angkat terlupa nyawa mereka di tangan Tuhan. Kerap mereka pergi dahulu menemui Tuhan meninggalkan anak angkat dan harta pusaka. 

Harta pusaka menjadi rebutan adik-beradik ibu-bapa angkat. Anak angkat meleleh air liur dan tidak mendapat harta pusaka satu sen pun.

Anak angkat tidak berhak mendapat harta pusaka ibu-bapa angkat kerana beliau bukan waris atau tidak ada pertalian darah dengan ibu-bapa angkatnya.

Islam itu ugama yang adil...

Pembahagian Harta Melalui Hibah Ibu Bapa Angkat...

Sungguhpun anak angkat bukan waris, beliau layak mendapat harta pusaka sekiranya ada wasiat daripada ibu-bapa angkatnya

Mengikut syariah, anak angkat berhak mendapat tidak lebih daripada 1/3 harta pusaka kedua ibu-bapa angkatnya itu jika ada wasiat, tanpa boleh ditentang oleh waris-waris ibu-bapa angkatnya.


Jika ibu-bapa bercadang membahagi lebih daripada 1/3, maka pilihan yang ada ialah secara hibah atau lebih tepat Pri-Hibah.

Sediakan Payung Sebelum Hujan....


Pembahagian Harta Melalui Pri-Hibah

Ibu-bapa boleh membahagikan hartanya semasa hidup melalui Pra-Hibah. Pra-Hibah tidak boleh ditentang oleh waris kerana ia pembahagian semasa hidup dan tidak kena mengena dengan Hukum Faraid. 

Kebaikan Pri-Hibah ialah pembahagian harta boleh dikuatkuasakan selepas kematian ibu-bapa angkat.

Ibu bapa angkat boleh membahagi 30%, atau 50% atau 100% sesuatu harta kepada anak angkatnya.

Buatlah Wasiat atau Hibah Untuk Menjamin Masa Depan Anak Angkat....


Sila hubungi saya untuk temu janji:
Penulis Surat Wasiat

Abd Rahaman Rasid
Perancang Harta Islam Kanan
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon: 013 366 1242
Email: abdrahaman@gmail.com

Catat Ulasan