Khamis, Februari 22, 2018

Jangan Menulis Wasiat Tanpa Sebab

Banyak Golongan Profesional dan Educated Terlupa Atau Terlalai Membuat Wasiat...

Kesah Perebutan Harta Pusaka Waris Syed Kechik


Pada 2010 hebat kesah perebutan harta pusaka Allahyarhan Syed Kechik Syed Mohamad sebanyak RM400 juta di kalangan waris isteri pertama dan kedua. Puncanya semasa hidup, 

Syed Kechik juga seorang peguam,tidak membuat wasiat siapa yang akan mentadbir harta apabila beliau meninggal. Waris dari isteri pertama dan isteri kedua membawa kes ke mahkamah masing-masing berebut hendak menjadi pentadbir harta pusaka Syed Kechik. 

Kesah Perebutan Harta Pusaka Waris Raja Nong Chik


Kesah tahun 1990-an mengenai pertelingkahan harta pusaka Raja Nong Chik Raja Ishak bernilai RM16 juta di kalangan waris setelah Raja Nong Chik meninggal dunia.

Semasa hidup, Raja Nong Chik,tidak membuat wasiat siapa yang akan mentadbir harta apabila beliau meninggal dan ini menyebabkan semua waris berebut harta pusaka.

Perebutan kuasa adalah antara waris dari isteri pertama dan kedua Allahyarham mengenai yang melibatkan sejumlah besar saham dalam empat buah syarikat.

Dalam kes ini, keluarga isteri pertama Raja Nong Chik telah memindahkan saham milik Raja Nong Chik kepada mereka secara tidak sah dari segi hukum faraid. Ini waris isteri kedua membawa kes ke mahkkamah di mana mereka adalah pihak yang berkepentingan dalam pemilikan saham tersebut.

Apa Pelajaran Dari Kes Syed Kechik dan Raja Nong Chik?


1. Keperluan Melantik Pentadbir Harta Pusaka


Tiada siapa yang tahu bila dia akan mati. Apa gunanya kekayaan yang dikumpul oleh seseorang, akhirnya harta itu "memecahkan" kaum keluarga selepas kematiannya.

Oleh itu, semasa hidup mustahak membuat perancangan harta, khususnya membuat wasiat dan melantik siapa yang bakal menguruskan harta pusaka.

Wasiat adalah 'ibu' kepada bentuk perancang harta lain seperti hibah, perjanjian harta sepencarian, amanah hayat (living trust) dan sebagainya. Ini kerana dalam wasiat, pewasiat akan melantik orang atau badan yang dipercayai akan mentadbir harta pusakanya.

Pentadbir harta pusaka akan mentadbir harta pusakan secara profesioanal dan mengikut prisip syariah seperti mendapatkan sijil faraid bagi memastikan semua waris faraid mendapat hak masing-masing.


2. Siapa Yang Akan Menyelesaikan Hutang Dunia dan Akhirat Si Mati?


Sekiranya anda berhutang di dunia dan akhirat anda perlu berwasiat kerana berdasarkan hadis sahih, roh akan tergantung antara langit dan bumi, iaitu:

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:

“Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibiarkan hutangnya itu”

Oleh itu, sekiranya pewasiat ada berhutang, ia menjadi tanggungjawap pentadbir harta pusaka menyelesaikan hutang si mati sebelum membahagikan harta kepada waris faraid. Hutang termasuk hutang dunia dan akhirat (contoh upah mengerjakan haji.)
Membahagikan Harta Kepada Bukan Waris

Hanya dengan wasiat, pewasiat boleh membahagikan harta pusaka kepada bukan waris tanpa ditentang oleh waris. Hanya 1/3 maksimum harta yang boleh diwasiatkan kepada bukan waris seperti sedekah dan pemberian kepada anak anak angkat, anak tiri dan sebagainya.

3. Mewakafkan Harta Ke Jalan Allah


Ada orang yang mahu membelanjakan hartanya ke jalan Allah (sedekah, derma dan wakaf) tetapi tidak sempat kerana meninggal dunia.

Pahala terus diperolehi oleh si mati selagi hartanya (wakaf) digunakan oleh orang yang hidup. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah ada bersabda, bermaksud:

“Apabila seorang mati, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, (iaitu): Sedekah jariah, ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang salih yang berdoa untuknya.” (Riwayat Muslim dan lain-lain termasuk Imam Ahmad. Mustika Hadis 3:312)

Pemberian Harta Kepada Anak Angkat dan Anak Tiri


Dengan wasiat, anak angkat dan anak tiri berpeluang memperolehi harta pusaka ibu-bapa angkat sebanyak 1/3 yang tidak boleh dibantah oleh waris. Tanpa wasiat, mereka di atas tidak berhak satu sen pun.

4. Wasiat Pesanan Terakhir


"Wahai anak-anak ku, sepeninggalan ayah, jagalah ibu mu dengan baik sebagaimana ayah menjaga mu dari kecil hingga besar. Keraplah melawat ibu mu supaya beliau tidak terasa dengan kehilangan ayah. Jangan kecilkan hati ibu mu kerana syurga mu terletak di bawah kaki ibu-mu".

Ini adalah contoh pesanan terakhir seorang ayah kepada anak-anaknya, yang mungkin semasa hidup pesanan di atas tidak ada impaknya.

Mengapa Memilih as-Salihin Trustee Berhad?


1. as-Salihin Trustee Berhad adalah sebuah syarikat perancangan harta Islam di negara ini dan sudah lebih 10 tahun di pasaran. Dengan kepakaran dan pengalaman, keupayaan syarikat ini menyediakan perancangan harta dan pengurusan harta pusaka tidak lagi diragui.

2. as-Salihin Trustee Bhd menyediakan pakej pentadbiran harta Islam yang lengkap, bermula dari kemudahan perancang harta, mentadbir harta pusaka sehingga mengagihkan kepada benefisiari yang dinamakan.

3. as-Salihin Trustee Bhd ditadbir dan diuruskan oleh golongan profesional yang pakar dan mahir dalam pentadbiran harta mengikut prinsip syariah sepenuhnya. Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara adalah pengerusi syarikat dan lembaga syariah syarikat.

Sekiranya pihak tuan memerlukan penjelasan lanjut mengenai penulisan wasiat atau kemudahan yang ditawarkan oleh as-Salihin Trustee Bhd, sila mesej saya dan saya akan hubungi tuan.


Abd Rahaman Rasid@as-Salihin Trustee Bhd
Tel: 013 366 1242 atau abdrahaman@gmail.com

Rabu, Februari 21, 2018

Mengapa Golongan Profesional Wajib Membuat Wasiat

Kesah perebutan harta pusaka di kalangan waris Allahyarham Syed Kechik pada tahun 2010 dan kekuarga Raja Nong Chik pada 1994 agak popular.


Isu perebutan kuasa harta Syed Kechik yang dianggarkan RM400 juta berpunca daripada Syed Kechik semasa hidupnya tidak membuat wasiat mengenai siapa yang menguruskan harta pusaka pusakanya.

Waris dari isteri pertama khusus anak lelakinya, Syed Gamal dan waris dari isteri kedua Allahyarham masing-masing berlawan di mahkamah bagi berebut surat kuasa siapa berhak menjadi pentadbir harta pusaka.

Kes memakan masa yang lama dan wang banyak dibelanjakan untuk kos guaman.

Bagi golongan profesional dicadang membuat wasiat semasa hidup dan melantik orang atau badan yang dipercayai bagi menguruskan harta pusaka sekiranya beliau meninggal dunia.

Kami as-Salihin Trustee Berhad adalah syarikat amanah Islam terbesar di negara ini yang boleh bertindak sebagai Wasi atau pentadbir harta pusaka.

Hubungi saya untuk penerangan lanjut mengenai kemudahan pentadbiran harta.

Isnin, Februari 19, 2018

Keunikan Nombor '3' Dalam Hukum Faraid

Hak-Hak Waris Dalam Hukum Faraid

hukum faraid

Hukum Faraid Banyak Bermain Dengan Angka Tiga

• Tiga kumpulan asas hak harta pusaka ialah:

Pertama: Ibu-bapa
Kedua: Isteri
Ketiga: Anak-anak

• Ibu bapa ambil 1/3 dari harta pusaka anaknya, iaitu 1/6 untuk bapa, 1/6 untuk ibu.

• Hak ibu 1/3 dan hak bapa 2/3 jika si-mati tidak mempunyai anak dan beristeri.

• Wasiat harta pusaka kepada bukan waris maksimum 1/3 daripada harta.

• Baki harta yang diagihkan kepada anak lelaki dan anak perempuan ialah 2/3 untuk anak lelaki dan 1/3 untuk anak perempuan.

• Jika si mati tidak mempunyai anak lelaki tetapi ada beberapa anak perempuan sahaja, hak anak perempuan itu 2/3 daripada harta.

Untuk membuat wasiat: hubungi 013 366 1242

Jumaat, Februari 16, 2018

Formula Berkesan Elakkan Tanah Yang Diwakafkan Terbiar

Pada 2009, dianggarkan RM9 bilion nilai tanah wakaf yang tidak dapat dimajukan...


wakaf tanah
Ruginya masyarakat Islam di negara ini di mana RM9 bilion nilai tanah wakaf pada 2009 tidak dapat dimajukan kerana masalah pertelingkahan waris dan si mati tidak mendokumenkan secara profesional harta yang hendak diwakafkan.

Jika kita anggarkan pertumbuhan aset 10% setahun (compounding), maka nilai RM9 bilion pada 2009 bersamaan RM21.2 bilion pada 2018 atau meningkat 135%.

Bagi tanah tanah yang diwakafkan, banyak bangunan komersial boleh dimajukan di mana hasilnya boleh meninggikan kedudukan sosio-ekonomi umat Islam. Sekiranya tanah tersebut didirikan dengan pusat tahfiz quran, sekolah ugama, rumah anak yatim, dan rumah fakir miskin tentu ia memberi faedah kepada umat Islam khasnya, dan rakyat Malaysia amnya.

Ini belum termasuk tanah wakaf didirikan dengan hospital, klinik, sekolah, universiti, kolej perniagaan, tadika, pusat penjagaan orang tua, asrama pendidikan, pusat kutipan zakat, pusat penyelidikan ekonomi, kompleks perniagaan berasaskan konsep Islam, pusat latihan, perpustaan Islam, masjid dan surau, pusat dialisis darah, pusat pemulihan kanak-kanak istimewa, bank dan banyak lagi yang boleh dipertimbangkan.

Faktor utama tanah wakaf gagal dimajukan kerana ada tuntutan dan pertikaian di kalangan waris tergadap tanah yang diwakafkan itu. Ini semua berpunca daripada pewakaf semasa hidupnya yang tidak mendokumenkan wakaf mereka, atau mendokumenkan tidak mengikut peraturan dan undang-undang yang ada di negara ini.

Cara Sah Mendokumen Harta Yang Diwakafkan

Cara terbaik dan selari dengan amalan Islam dalam mewakafkan harta ialah dengan membuat wasiat. Dalam Hukum Faraid, seseorang boleh mewasiatkan sehingga 1/3 daripada hartanya kepada bukan waris, iaitu setelah membayar semua liabiliti dan hutang. Wasiat harta boleh dalam bentuk tanah, bangunan dan rumah, saham, simpanan dan pelaburan.

Kami di as-Salihin Trustee Berhad menawarkan kemudahan membuat wasiat samada tujuan wakaf atau mewasiatkan harta kepada individu bukan waris.

As-Salihin Trustee Berhad yang dipengerusikan oleh Tun Salleh Abas (bekas Ketua Hakim Negara) ialah syarikat amanah Islam terbesar di Malaysia yang sudah berada di pasaran hampir 15 tahun.

Setakat mendokumenkan wakaf atau membuat wasiat tidak cukup...

Harta yang diwakafkan melalui wasiat hendaklah dipindahkan kepada badan, organisasi atau individu dengan mudah dan cekap tanpa tentangan dari waris, terutama waris faraid. Peranan as-Salihin Trustee Bhd tidak setakat menyediakan wasiat yang sah di sisi undang-undang bahkan bertindak sebagai pentadbir harta pusaka bagi mengagihkan harta pusaka kepada badan atau orang yang diwasiatkan dan kepada waris faraid. Biasanya pewasiat dalam wasiatnya melantik as-Salihin Trustee sebagai wasi bagi menguruskan harta pusaka si mati..

Tidak timbul tentangan waris kerana selepas kematian pewasiat atau pewakaf harta, as-Salihin Trustee Bhd akan menjemput semua waris yang layak dan kemudian membacakan di hadapan mereka wasiat yang dibuat dengan as-Salihin itu. As-Salihin akan menerangkan hukum faraid supaya semua waris faham cara pembahagian harta pusaka.

Sekiranya harta yang diwakafkan itu tidak melebihi 1/3 daripada jumlah harta, maka waris-waris wajib mematuhinya. Tentulah waris ada hak menentang, tetapi Mahkamah Shariah adalah pengadilnya.
Hubungi Wakil as-Salihin Trustee Berhad

Tuan boleh menghubungi saya atau wakil as-Salihin yang lain bagi membuat wasiat wakaf atau produk as-Salihin yang lain. Sekiranya tuan menghubungi saya, nombor telefon adalah seperti berikut:


Abd Rahaman Rasid
Perancang Harta Islam Kanan
as-Salihin Trustee Bhd
Tel: 013 366 1242
Email: abdrahaman@gmail.com


Sumber: Utusan Malaysia, “Wakaf harta, tanah perlu didokumentasikan”, 15 Februari 2018

Selasa, Mac 21, 2017

Hak Anak Angkat Terhadap Ibu-Bapa Angkat Melalui Hibah

Jangan Kecewakan Anak Angkat Tanpa Harta Peninggalan

Walaupun Mereka Bukan Waris Faraid

Tapi Saya Akan Tunjukkan Cara Membahagi Harta Kepada Anak Angkat


Tolong baca tulisan saya baris demi baris. Hanya lima mainit sahaja...

Anda mempunyai anak angkat? Abang, kakak dan kawan-kawan ada memelihara anak angkat?

Mengapa mereka memelihara anak angkat? Tentu mereka tidak ada anak kandung. Anak angkat dianggap anak sendiri, malah ada yang bin atau bintikan dengan bapa angkatnya.

Anda setuju ibu-bapa sangat menyayangi anak angkat? 
Ia tentu sekali. Anak angkat dianggap anak kandung yang dipelihara sejak umur satu hari hingga dewasa dan berkahwin. Anak angkat yang membantu dan berjasa kepada kedua ibu-bapanya. Sakit pening ibu-bapa, anak angkatlah membantunya. Sekiranya, anak angkat perempuan, semua kerja-kerja dapur dan mengemas rumah dibuat olehnya.

Sekiranya berharta, ibu-bapa angkat akan berniat membahagikan semua harta seperti rumah, tanah, simpanan di bank, ASB dan barang kemas kepada anak angkatnya.


Tetapi Nyawa Di Tangan Tuhan...


Ibu-bapa angkat terlupa nyawa mereka di tangan Tuhan. Kerap mereka pergi dahulu menemui Tuhan meninggalkan anak angkat dan harta pusaka. 

Harta pusaka menjadi rebutan adik-beradik ibu-bapa angkat. Anak angkat meleleh air liur dan tidak mendapat harta pusaka satu sen pun.

Anak angkat tidak berhak mendapat harta pusaka ibu-bapa angkat kerana beliau bukan waris atau tidak ada pertalian darah dengan ibu-bapa angkatnya.

Islam itu ugama yang adil...

Pembahagian Harta Melalui Hibah Ibu Bapa Angkat...

Sungguhpun anak angkat bukan waris, beliau layak mendapat harta pusaka sekiranya ada wasiat daripada ibu-bapa angkatnya

Mengikut syariah, anak angkat berhak mendapat tidak lebih daripada 1/3 harta pusaka kedua ibu-bapa angkatnya itu jika ada wasiat, tanpa boleh ditentang oleh waris-waris ibu-bapa angkatnya.


Jika ibu-bapa bercadang membahagi lebih daripada 1/3, maka pilihan yang ada ialah secara hibah atau lebih tepat Pri-Hibah.

Sediakan Payung Sebelum Hujan....


Pembahagian Harta Melalui Pri-Hibah

Ibu-bapa boleh membahagikan hartanya semasa hidup melalui Pra-Hibah. Pra-Hibah tidak boleh ditentang oleh waris kerana ia pembahagian semasa hidup dan tidak kena mengena dengan Hukum Faraid. 

Kebaikan Pri-Hibah ialah pembahagian harta boleh dikuatkuasakan selepas kematian ibu-bapa angkat.

Ibu bapa angkat boleh membahagi 30%, atau 50% atau 100% sesuatu harta kepada anak angkatnya.

Buatlah Wasiat atau Hibah Untuk Menjamin Masa Depan Anak Angkat....


Sila hubungi saya untuk temu janji:
Penulis Surat Wasiat

Abd Rahaman Rasid
Perancang Harta Islam Kanan
as-Salihin Trustee Bhd
Telefon: 013 366 1242
Email: abdrahaman@gmail.com

Ahad, April 06, 2014

Mari Membuat Wasiat Dengan as-Salihin Trustee Berhad

MENGAPA ANDA PATUT MEMBUAT WASIAT?

Kematian itu adalah satu kepastian...
Jangan tinggalkan anak-isteri tanpa wasiat...



Adakah anda mempunyai properti, pelaburan, Tabung Haji, KWSP, perlindungan takaful yang berjumlah lebih RM2 juta? 


Atau anda mempunyai syarikat perniagaan yang nilai asetnya lebih RM2 juta dan belum merancang penyerahan hakmilik saham?

Jika YA, anda wajib membaca nasehat ini. Ini kerana pembahagian harta pusaka melebihi RM2 juta adalah dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Anda kena melantik peguam bagi menguruskan kes harta pusaka itu....

Masalah Harta Pusaka Orang Melayu

Adakah anda tahu kebanyakan orang menyangka harta akan dibahagi kepada orang tersayang apabila mereka tidak ada lagi di dunia ini?

Malangnya, itu TIDAK BENAR

Ini Buktinya....





RM40 bilion aset masih tidak dituntut, terdiri daripada:

  • RM38 bilion tanah dan harta
  • RM1.5 bilion wang tunai disimpan oleh Pendaftar Wang Tidak Dituntut,
  • RM70 juta simpanan yang masih dengan KWSP,
  • Dan...1juta geran masih bernama si mati





Mengapa Ini Terjadi?
  • Kekurangan pengetahuan mengenai kaedah pembahagian harta secara Islam.
  • Tidak ramai orang Islam yang arif dalam bidang pembahagian harta pusaka khususnya secara Hukum Faraid.
  • Semasa hidup ramai tidak melantik pentadbir harta pusaka atau wasi bagi menguruskan harta pusaka.


Bagaimana as-Salihin Trustee Bhd Boleh Membantu Anda?


as-Salihin Trustee Bhd
Abd Rahaman Rasid

As-Salihin Trustee Bhd ialah sebuah syarikat amanah yang ditubuhkan sejak 10 tahun dahulu untuk membantu cara yang terbaik merancang harta tuan.

Pendekatan kami melihat secara menyeluruh keperluan tuan dan mencadangkan solusi yang terbaik. 

Biasanya wasiat digabungkan dengan Deklarasi Harta Sepencarian, Pri-Hibah, Amanah Hayat, Amanah Wasiat dan Amanah Takaful.

Kebaikan Penulisan Wasiat Dan Melantik As-Salihin Trustee Bhd Sebagai Wasi/Pentadbir Harta Pusaka Dan Pemegang Amanah






  • Perlantikan as-Salihin Trustee Bhd sebagai wasi, pembahagian harta pusaka dapat diselesaikan dalam masa singkat kerana 10 tahun pengalamannya dalam bidang ini;
  • Harta si-mati dapat dimenafaatkan dengan sebaiknya oleh waris-waris tanpa pembaziran masa.
  • Mengelakkan pertelingkahan di kalangan waris yang berebut harta si-mati.
  • Mengelakkan pembaziran masa dan wang ringgit dalam mengurus dan membahagi harta s-mati.
  • Bukan waris berpeluang mendapat harta si-mati khususnya anak angkat dan sedekah. 
  • Harta pusaka pewaris di bawah umur dapat diuruskan dengan selamat dan dipercayai.


  • Mengapa Syarikat as-Salihin Trustee Bhd?
    • Syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dan Akta Syarikat Amanah 1949.
    • Syarikat amanah terbesar di Malaysia yang mengendalikan urusan perancangan harta orang Islam, terutamanya pengurusan wasiat.
    • Syarikat mempunyai kakitangan sepenuh masa dan wakil-wakil perancang harta pusaka Islam yang bertauliah, 
    • Syarikat mengendalikan perkhidmatan perancangan harta (termasuk surat wasiat) mengikut prinsip syariah.
    • Syarikat telah berpengalaman dalam perkhidmatan perancangan harta sejak 10 tahun yang lepas.
    • Syarikat dipimpin oleh Lembaga Pengarah dan Lembaga Penasihat yang berbibawa.





    HUBUNGI PERUNDING KAMI


    Bagi mendapatkan nasehat dan perkhidmatan penyediaan surat wasiat dan lain-lain kemudahan oleh as-Salihin Trustee Berhad, sila hubungi saya seperti berikut:



    Abd Rahaman Rasid 

    CFP, MA (Economics); 
    Perancang Harta Islam
    as-Salihin Trustee Berhad

    Alamat:
    5 Jalan Budiman 13
    Taman Mulia, Bandar Tun Razak
    56000 Kuala Lumpur
    Telefon: 013 366 1242
    Email: abdrahaman@gmail.com
    Facebook: www.facebook/suratwasiat

    Sabtu, Mac 08, 2014

    Panduan Membuat Wasiat Dengan as-Salihin Trustee Bhd


    BAGAIMANA MEMBUAT WASIAT DENGAN AS-SALIHIN TRUSTEE BHD?

    Kematian itu adalah satu kepastian...
    Jangan tinggalkan anak-isteri tanpa wasiat...

    Artikel ini memandu Pewasiat membuat wasiat dengan as-Salihin Trustee Bhd.


    wasiat as-salihin trustee bhd
    as-Salihin Trustee Bhd
    Siapa itu as-Salihin Trustee Bhd?

    - As-Salihin Trustee Bhd adalah syarikat amanah yang ditubuhkan 10 tahun lepas. 

    - Ia menyediakan perkhidmatan perancangan harta orang Islam dan pentadbiran harta pusaka.

    - Selain membuat wasiat, syarikat ini menyediakan khidmat membuat Perjanjian Harta Sepencarian, hibah, amanah dan pentadbiran harta pusaka.

    A. PERTANYAAN

    Pewasiat yang mahu membuat wasiat boleh menghubungi seperti berikut:

        Abd Rahaman Rasid
        Perancang Harta Islam
        as-Salihin Trustee Bhd
        Tel: 013-366 1242 (termasuk Whatsapp/Telegram)
        Email: abdrahaman@gmail.com
        Facebook: https://www.facebook.com/suratwasiat

                     atau

        As-Salihin Trustee Bhd
        101-301, Blok A,
        Glomac Business Centre,
        10, Jalan SS6/1, Kelana Jaya
        47301 Kuala Lumpur
        Telefon: 03-7880 9595
        Faks: 03-7880 8190
        Laman web: www.as-salihin.com


    B. MAKLUMAT PEWASIAT

    1. Temujanji

    - Temujanji boleh dibuat di Lembah Kelang, di pejabat, di rumah pewasiat, di PappaRich, Old Town, restoren dan sebagainya. 

    - Perunding akan mendapatkan maklumat berikut semasa perbincangan santai: 

    2. Latar Belakang Pewasiat

    - Ibu/bapa yang masih ada

    - Anak-anak: 
    •    Lelaki/perempuan
    •    Umur
    •    Anak istimewa
    •    Anak angkat
    •    Anak tiri.

    - Memahami keperluan pewasiat:
    • Sarahidup pewasiat dan anak-anak
    • Rawatan dan perubatan
    • Persekolahan anak hingga ke universiti
    • Pembahagian harta kepada isteri
    • Pembahagian harta kepada anak angkat
    • Sedekah kepada pusat tahfid al-Quran/fakir miskin/anak yatim
    • Hutang dunia dan akhirat
    • Pengalaman waris dalam menguruskan harta pusaka
    • Simpanan tunai pewasiat bagi mencairkan harta

    C. PENGUMPULAN MAKLUMAT

    Maklumat berikut boleh dibawa oleh Pewasiat semasa temujanji atau diemailkan kepada Perunding Harta.

    1. Harta dan Simpanan

    Senarai properti (contoh: rumah dua tingkat, lot pertanian) dengan butir lot dan lokasi seperti yang terdapat dalam geran.

    - Senarai pelaburan (contoh: ASB, KL Mutual)

    - Senarai simpanan di bank-bank, Tabung Haji dan KWSP (tidak perlu nombor akaun)


    2. Senarai Benefisiari

    Ibu-bapa (IC, alamat dan nombor telefon)

    - Anak-anak (IC, alamat dan nombor telefon

    - Isteri/suami (IC, alamat dan nombor telefon)

    - Lain-lain benefisiari (anak angkat, adik beradik dll)


    3. Cadangan Pembahagian harta

    Setiap harta di atas hendaklah dinyatakan kadar pembahagiannya. Contoh:

    - KWSP: 
             Isteri: 50%
             Anak Pertama: 25%
             Anak Ke-2: 25%

    - Rumah Teres: Anak angkat 100%,

    - Saham ASB: Samarata kepada anak-anak

    -KWSP: 
         50% kepada Pusat Tahfid al-Quran
         50% kepada Rumah anak yatim


    surat wasiat
    Surat Wasiat
    C. DOKUMEN WASIAT

    - Dalam masa 5 berhari bekerja as-Salihin Trustee Bhd akan menyediakan deraf wasiat.

    - Deraf wasiat akan diemailkan kepada Pewasiat untuk semakan dan kelulusan.

    - Dokumen wasiat akan dicetak untuk ditandatangani oleh pewasiat

    - Pewasiat akan menandatangi wasiat di pejabat as-Salihin atau di rumah pewasiat.



    D. PENYERAHAN DOKUMEN WASIAT

    - Dokumen asal wasiat akan disimpan di as-Salihin Trustee Bhd

    - Salinan wasiat akan diserahkan kepada Pewasiat

    - Pewasiat menjelaskan kos membuat wasiat

    - Pewasiat akan dibekalkan dengan dua Kad Wasiat. Kad ini wajar diserahkan kepada dua waris terdekat dengan pesanan yang anda ada membuat wasiat dan hubungi as-Salihin bagi urusan pembahagian harta pusaka.



    E. HUBUNGI WAKIL AS-SALIHIN

    Sila hubungi saya bagi membuat wasiat dengan as-Salihin Trustee Bhd.

    cara membuat wasiat
    Abd Rahaman Rasid
    Perancang Harta Islam
    as-Salihin Trustee Bhd
    Telefon: 013 366 1242
    Email: abdrahaman@gmail.com
    Facebook: www.facebook.com/suratwasiat